Friday, September 11, 2009

SUATU HARI NANTI,MUNGKIN

Untuk semua yang terliwat. Segala cereka yang dipaut erat. Ekspresi kalis bersenggama songsang yang terekstrak. Aku TERSEDAR sekarang.

Dunia bukan untuk marhain busuk seperti aku. Dunia tak perlu langsung membuka peluang untuk si laba hina seperti aku. Dunia tak perlukan sang CELAKA, seperti aku.

Penat sudah menterjemahkan mimpi dari gerak gaya. Semakin rabun tenung jarum jam. Ponggah sudah kepercayaan yang cuba dibenihkan.

Aku bukan orang yang baik untuk kalian.
AKu bukan ANAK yang baik.
Aku bukan KAWAN yang baik.
Aku bukan TEMAN SELUDAH yang baik.
Aku bukan YANG TERBAIK.

Tapi, untuk sekian kalinya, aku pohon satu lagi harapan. SUATU HARI NANTI, mungkin...Kepada sesiapa yang masih PERCAYA akan satu keajaiban, aku rayu agar terus bertahan.

'Institutionalized', frasa tepat untuk aku sekarang...Budak Botak Busuk Hina ini rayu agar KALIAN terus tahan menari...

Kalau mahu pergi juga, itu tak mengapa kerana aku sendiri tidak pernah cuba untuk MENGERTI kalian...

Maaf dan terima kasih.

Life sucks...
Betul...
So,
RAWK N ROLL...