Friday, November 27, 2009
POSTUR MUKAMU DALAM POSTER KISS
INTIHA SEMESTER KE-5

Rasanya, dari awalan lagi sejak kaki lemah ini mula mengalaskan tanah di sana sebagai sandaran, aku mula hidup dalam keadaan seakan-akan banduan. Aku persetankan segalanya.
Tapi, kini sudah hampir dua tahun setengah aku di sana, sudah tamat semester kelima pengajianku, mula adanya bibit-bibit nikmat seperti mana pelajar lain rasakan. Aku pun tak tahu kenapa benci sangat aku dengannya, tapi itulah...Kekadang masa dan persekitaran boleh merubah segalanya.
Aku masih dalam pencarian mencari diri sendiri. Aku masih terusan belajar walaupun pernah jua hampir rebah. Aku masih berusaha memesongkan corak pemikiran songsang aku ke arah yang lebih segar. Aku berusaha utuk mempercayai orang. Aku berusaha untuk tidak memendam.Aku berusaha membuang segala terjahan negatif minda aku sendiri. Masih belum di mahameru, tapi rasanya banyak yang aku pelajari.
Terimakasih kepada semua yang pernah tersenyum bersama walaupun aku sukar untuk melemparkan senyuman kembali. Termakasih.
Semester ini telah tamat. Moga ada keajaiban...
P/S : Gua memang bermasalah...Tapi yang masih bertahan,terimakasih
Thursday, November 26, 2009
SEMUA YANG TERKEBELAKANG
Kerana SEMALAM aku tertidur dengan mimpi yang bobrok.
Dan HARI INI mungkin aku telah terjaga kerana sudah tua...
Bukan juga masalah perhubungan...
Bukan masalah pelajaran...
Bukan masalah cinta sekarang...
Bukan masalah permanasan global,
poliTAIK, racist, fasist, etc...
Ia meliputi semua kelestarian yang aku butuhburitkan.
Yang dikaburi oleh katarek perjuangan minoriti sesat.
Dikontribusikan oleh senyuman dari dusta dunia.
Aku rasa aku dah hampir tahu berapa nilainya untuk aku...
Dah lama rasanya aku mati... :)
Friday, November 20, 2009
TAMATNYA PERENGGAN KE-5
Lewat. Lewat aku di sini untuk memalitkan apa yang aku mahu palitkan. Tapi ia tidaklah selewat mana.
Tamat. Ia sudah tamat. Bukan! Ia cuma hampir tamat. Sekali lagi aku bilang, HAMPIR TAMAT.
Episod tawa, ceria, girang, berpaksi cahaya, pelangi harapan dan segala nikmat remaja untuk frasa ini sudah tamat.
Babak celaka, dusta, sengsara sengketa, nerakahina, syurgalara dan semua tirai kelam untuk semester ini sudah tamat.
Aku sebenarnya masih beronani dengan persekitaran. Walaupun ejakulasi sebenar yang menunjukkan siapa aku belum klimaks setegangnya.
Semester ini aku banyak anugerah yang aku terima dari Yang maha Segala. Dan kebanyakannya berkenaan Hablumminnallah dan Hablumminnannas.
Masih jauh untuk aku mendefinisikan kehidupan sebagai mercu perjuangan. Tapi terima kasih kepada semua yang bersama dengan si celaka ini samada benar mahupun bermuka-muka. Tidak mengapa, aku tetap akan jadikan semuanya sebagai separuh dari memori kiri aku.
Terima kasih kepada semua yang bersama. Sejak dari hari pertama aku pijakkan kaki ke tanah itu, aku tak pernah rindukannya. Tapi sekarang aku mula ada sedikit perasaan itu...
Semester ke-5 telah tamat...
Jadi, banyak gambar tak dapat di palitkan...
Monday, November 9, 2009
SARI BERITA UTAMA (KOMA)
Wednesday, November 4, 2009
MENSTRUASI SEORANG LELAKI
Menstruasi seorang lelaki membuatkan hati kecilnya terguris...
Aku menstruasi,
Aku lelaki,
Aku berkecil hati...
Jadi, aku mohon maaf wahai duyung...
Gua rasa gua ni langsung tak berguna...Betul...
Perght, macam mana Immortal boleh sesat daa...Minggu ni gua banyak layan heavy metal, tapi boleh pulak layan black sebelum tidur...
Sunday, October 25, 2009
SATU ANTOLOGI TENTANG JANJI
SEMALAM KITA KAHWIN
Dan sekarang sudah tiba salam mula malam pertama.
Tapi, mak andam gemuk pendek tetap tak mahu pulang...
Datang pula ketua rewang tinggi buncit membasuh talam malam-malam...
ii.
CELAK COMOT DAN TEMBAKAU JAWA
Tak lagi begitu
Ada tapi tak diguna
Ditunggu hari menyorok air mata...
Dibakar hujung asap nipis mimpi disedut
Esok, lusa, tulat tapi hari ini hampir tamat...
iii.
Bibir putik pinggul lentik
Perempuan cantik-cantik belaka
Riak kalis suara mata seakan berahsia
(Aku sedang terpegun dengan mereka
Bagaimana pun mereka bertanya
Aku tetap malu berkata 'Ya'...)
Tapi sekarang aku cuma ada satu
Jadi tolong biarkan aku bersandar
di bahumu yang cantik...
aku mahu kamu berjanji INI...
Thursday, October 22, 2009
TIKA DULU
Jurufoto: Encek Saufy Pami
Jentera: Canon apa jadah entah aku tak ingat
Lokasi: Tasik Meromotik, Teluk Bahang
Jenuh kita menyepakterajang segala celaka,
Lelah membutuhburitkan amarah seribu dusta,
Tersembam tatkala ereksi ceria mula mencari dunia…
Membobrokkan kita selaku watak cerita,
Ampuh kita di sini tetap jua mencerai tawa,
Dari utara usia muda ke selatan mengira laba…
Berlari ke kaki pelangi mencari angkasa dosa,
Namun tiada kata seindah untuk merungkap semua,
kerana tetap tiada cemburu antara kita…
Beronani kita dengan obsesi mengejar mati,
Kerana tiada lagi apa-apa yang mampir menanti,
Kita tetap bersama pasti begini…
Monday, October 19, 2009
ANTARA IRON BIRD DAN LES PAUL
Sunday, October 18, 2009
RINDU AKU SAMA AWAN
Gua cuma kesiangan melewati mimpi yang terekstrak untuk lari dari malam seribu penipuan. Gua cuma kepenatan setelah lama mengayak klimaks pancutan mazi dan mani hidup yang tidak bisa gua ramalkan apa kesudahannya. Gua cuma insan lemah yang tersembam setelah ereksi kemegahan helaan nafas remaja layu tak bertenaga.
Sibuk amat semester ini. Klimaksnya adalah bulan ini.
Ada satu minggu yang penuh agenda, serentak. Jamuan makan hari raya di rumah Cek Awatif teman sekelas. Dinner untuk Transportation Society. Barbeque bebudak kelas D5T2. Open house rumah Pn. Azmawati (gua tak jadi pergi, tapi gua pergi main layang-layang dengan Tuan Putri...Hee...), Jamuan Mari Menterkedarah Kabaret Muda-Mudi di Rumah Papan Gemereh.
Ada satu minggu yang penuh dengan presentation yang menggila, tiga test sekaligus, dan kuiz yang mendesak. Penat ngok...
Dan antara benda paling jujur yang pernah gua buat dalam hidup gua adalah DIARIDOSA. jadi gua tak akan tinggalkan dosa-dosa gua...
Tapi, ada juga dadah untuk gua senyum. Terima kasih....
Nota Kaki Busuk Sebab Tak Pakai Stokin: Lagu-lagu peneman jiwa gua bulan ini...Still Loving You (Versi Sonata Artica...Tapi gua lagi 'gila' dengar versi Scorpion...Tiga tahun gua langsung tak boleh dengar lagu ni, lagu paling sakit bagi gua...Kredit untuk 'kamu'...), Guitar Gangsters And Cadillac Bloods (Volbeat), Fuck The Police (Sodom), Too Old To Cold (Dark Throne), dan Helo Helo Sayang (R.Azmi).

